Wednesday, 2 March 2011

MASJID KG.JERANGAU


TAJUK
Sejarah Penubuhan Dan Kegiatan Masjid Di Kariah Anda

DISEDIAKAN UNTUK
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 151

DISEDIAKAN OLEH
Nurul Wahida Binti Kamaruddin
No.Matrik:2010606796
Kumpulan:ASD2Cn

PROGRAM
Diploma Sains

TARIKH HANTAR
02 Mac 2011








ISI KANDUNGAN

TAJUK
SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN MASJID DI KARIAH SAYA

1.Isi Kandungan
2.Abstrak
3.Pendahuluan
4.Pengertian Masjid
5.Sejarah Penubuhan
6.Organisasi Masjid
7.Aktiviti Masjid
8.Kemudahan Masjid
9.Masalah dan Penyelesaian
10.Penutup
11.Rujukan




 ABSTRAK

TAJUK
SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN MASJID DI KARIAH SAYA

Terdapat pelbagai maksud yang terkandung  dalam sejarah penubuhan dan kegiatan masjid di kariah saya.Pertama penubuhan,penubuhan bermaksud sesuatu yang direka untuk membentuk sesebuah bangunan.Kedua kegiatan,kegiatan pula bermaksud sesebuah aktiviti ataupun program yang dijalankan.Ketiga masjid,masjid  ialah sesebuah institusi yang menjalankan kegiatan yang berasaskan islam dan juga duniawi.Dengan adanya penubuhan seperti masjid,surau,dan kelas khas(FARDU AIN) adalah  untuk mempelajari ilmu agama.Dengan ini,penduduk kampung  dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam.Di masjid dan surau,terdapat pelbagai aktiviti berkaitan agama dan kemasyarakatan yang telah dijalankan.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah solat berjemaah pada setiap waktu,tazkirah,ceramah agama, majlis tadarus al-quran,membaca yaasin,gotong-royong dan sebagainya.Bagi kelas khas(FARDU AIN) pula,antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mempelajari tentang hukum hakam agama islam,belajar tentang hukum-hukum tajwid dengan betul,tulisan jawi,berzanji,marhaban, dan banyak lagi.Sehubungan dengan itu,dengan adanya aktiviti-aktiviti yang sebegini,sekali gus penduduk-penduduk kampung saya,tidak kira tua atau muda,akan dapat mendalami ilmu agama islam dengan lebih mendalam.Ini juga dapat mengatasi masalah gejala sosial dikalangan remaja-remaja pada masa kini.Dengan wujudnya aktiviti-aktiviti yang seperti ini,kita akan dapat menjalinkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung menjadi bertambah erat dan terjamin.Kesimpulannya,dengan adanya penubuhan dan kegiatan masjid di kariah saya,ia telah mewujudkan pelbagai impak yang positif kepada seluruh penduduk kampung saya tidak kira tua ataupun  muda.



 PENDAHULUAN


Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus tentang sejarah penubuhan dan kegiatan agama islam di kariah saya.Dengan membuat kerja kursus ini,saya mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan tentang agama islam.Disamping itu,saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan dan kegiatan agama islam yang telah diadakan di kariah saya.
Seterusnya,saya telah menemubual En.Ghazali B.Awang,pengerusi masjid di kariah saya iaitu Masjid Kg.Jerangau.Dengan informasi yang beliau telah berikan ini,telah banyak membantu saya untuk menceritakan tentang sejarah penubuhan dan kegiatan masjid di kariah saya dengan lebih lanjut dan terperinci.Contohnya,mendapat informasi berkaitan organisasi masjid,aktiviti berkaitan agama islam,dan aktiviti kemasyarakatan yang telah diadakan di Masjid Kg,Jerangau.
Selain itu ,saya juga sempat mengambil beberapa keping gambar masjid untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan lampiran.Saya juga akan menceritakan dengan lebih lanjut dan mendalam tentang sejarah penubuhan masjid,pendidikan agama islam,dan aktiviti kemasyarakatan yang telah dijalankan di kariah saya.





KONSEP MASJID

MAKSUD MASJID

Masjid berasal daripada perkataan “sa-ja-da” yang bermaksud sujud iaitu perbuatan dimana umat islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah,separas dengan tapak kaki tempat berdiri.Maksud sujud disini ialah menyembah Allah S.W.T.Jadi masjid  ialah tempat menyembah Allah S.W.T. atau rumah Allah(Baitullah).Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah.Disebut Baitullah al-Haram kerana  diharamkan berperang di dalam masjid Baitullah juga menjadi kiblat umat islam,iaitu arah menghadap muka dan dada ketika mengerjakan solat.
Selain itu,masjid juga adalah salah satu institusi yang menjalankan aktiviti yang berunsurkan kerohanian dan kemasyarakatan bagi yang beragama islam.Masjid juga adalah institusi bagi masyarakat islam untuk menjalankan ibadat kepada Allah dan pencipta-Nya.Secara umumnya,masjid adalah institusi yang penting yang mesti ada di dalam sesebuah kampung tersebut kerana masjid sangat bermanfaat bagi umat islam dan menjadi lambang keagungan bagi seluruh umat islam.



 SEJARAH PEMBINAAN MASJID KG.JERANGAU

Masjid Kg.Jerangau telah dibina pada tahun 1978.Masjid ini telah mencecah usia lebih kurang 33 tahun.Masjid ini,dapat menampung 500 orang jemaah dalam satu masa.Masjid ini juga,telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada kerajaan Negeri Terengganu.Terdapat empat orang pengerusi yang telah menguruskan masjid ini.Selain itu,terdapat tiga orang imam dan tiga orang bilal yang bertauliah yang telah dilantik oleh Pejabat Agama Daerah Dungun.Selain itu, sumber kewangan Masjid Kg.Jerangau telah mendapat sumbangan daripada Pejabat Pesuruh Jaya hal Ehwal Agama Terengganu,sumbangan setiap hari Jumaat dan sumbangan individu.



ORGANISASI MASJID

ORGANISASI PENGERUSI,IMAM,BILAL

PENGERUSI MASJID KG.JERANGAU
TAHUN                                                          NAMA
1978-1999                   EN.HASSAN B.MOHAMMAD
2000-2004                   EN.WAN MOHAMAD B.ABU BAKAR
2004-2010                   EN.MOHAMAD B.JUSOH
2010-2011                   EN.GHAZALI B AWANG


IMAM MASJID KG.JERANGAU
            TAHUN                                              NAMA
            1978-2002                   EN.C.W.YUSOF B.ENDUT
            2002-2011                   EN.MOHD SARIFF B.ABDULLAH
                                                EN.BAHARUM B.AWANG


                                                BILAL MASJID KG.JERANGAU
            TAHUN                                              NAMA
            1978-2011                   EN.MAT IDRIS B.KASSIM
                                                EN.OSMAN B.KASSIM
                                                EN.AB.MANAF@MAJID B.JAN


ORGANISASI MASJID KG.JERANGAU

PENASIHAT :YB.DATO’ HJ.DIN B.ADAM
PENGERUSI :EN.GHAZALI B.AWANG
SETIAUSAHA :EN.RAZALI B.AWANG
BENDAHAR :EN.WAN NGAH B.WAN MAMAT
AHLI J/KUASA : EN.HASROMI B.OTHMAN
                        :EN.IDRUS B.SALLAM
                        :EN.ROMELE B.HAMZAH
                        :EN.KAMARUDIN B.MAT IDRIS
                        :EN.C.W.EMBONG B.BAKAR
                        :EN.RAZAK B.MAMAT
PEMERIKSA :EN.TUAN ABDULLAH B.DAUD
KIRA-KIRA  :EN.MARZUKI B.A.RAHMAN
IMAM             :EN.C.W.YUSOF B.ENDUT
                        :EN.MOHD SARIFF B.AWANG
                        :EN.BAHARUM B.AWANG
BILAL                        :EN.MAT IDRIS B.KASSIM
                        :EN.OSMAN B.KASSIM
                        :EN.AB.MANAF@MAJID B.JAN





AKTIVITI MASJID KG.JERANGAU

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di Masjid Kg.Jerangau. Aktiviti-aktiviti tahunan yang telah dijalankan di masjid kampung saya,dapat dirujuk seperti jadual dibawah:
TAHUN
AKTIVITI
1978-2011
Majlis Berbuka Puasa 1 kali per tahun
1978-2011
Sambutan Maulidur Rasul 1 kali per tahun
1978-2011
Bubur Ar-Syura 1 kali per tahun
2004-2011
Gotong-royong 6 kali pertahun
Jadual 1
Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di masjid ini adalah seperti berikut:
a)                    a)    Pendidikan.
Masjid ini menyediakan tempat perkembangan pendidikan untuk anak-anak kariah iaitu kelas fardhu ain. Antara aktiviti  yang telah dilakukan di dalam kelas khas(FARDU AIN) itu, ialah belajar tentang hukum hakam agama islam,belajar tentang hukum-hukum tajwid dengan betul,tulisan jawi,berzanji,marhaban, dan sebagainya
b)      Forum Dakwah.
Ceramah yang diadakan telah diberi pendedahan daripada Penceramah Bebas,Penceramah Pejabat Agama Dungun dan Pejabat Ketengah tentang soal jawab agama. Contohnya, isu remaja pada zaman ini yang gemar bersosial.

c)      Solat Hajat.
Solat hajat ini adalah untuk anak kariah yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bersesuaian dengan kehendak Islam, kita sebagai hamba-Nya digalakkan utnuk meminta pertolongan daripada Allah setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ia juga mendidik agar anak kariah menjadi insan yang ikhlas dan tawadhuk dalam melakukan ibadah.
Firman Allah yang bererti :
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala
perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah [2] : 186)


d)      Bulan Ramadhan.

Sepanjang bulan ramadhan ini beberapa aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya adalah seperti:

                    i.            Solat Tarawih, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran.
Memberi peluang dan galakan kepada anak kariah supaya mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan dengan ibadah-ibadah sunat seperti solat tarawih dan bertadarus ini.
Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”
 Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

                  ii.            Majlis Berbuka Puasa.
Majlis berbuka puasa ini dijalankan adalah untuk mengajar mereka untuk bersederhana dalam pemakanan dan memperingati nasib fakir miskin yang tidak berkemampua serta bersama-sama menjamukan makanan kepada fakir miskin tersebut.
Ini sejajar dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Insan, ayat 8:
Maksudnya: “Mereka menjamu makanan (untuk) orang miskin, anak yatim dan orang tawanan dengan penuh sukarela.”

                iii.            Gotong-royong Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk.
Gotong-royong ini mampu memupuk sifat bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain. Bubur Lambuk yang disediakan juga adalah untuk memberi sedekah kepada penduduk di kariah saya. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mendidik anak kariah untuk memberi sedekah walau dalam bentuk apa sekalipun.
Dan juga menyediakan bubur lambuk tersebut dengan hati yang ikhlas. Seperti dalil:

“Barang siapa menjalankan ibadah Puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (berpuasa karena Allah semata), maka Allah akan mengampuni dosa-dosa (yang dilakukan) hamba-Nya  di masa lalu (Hadits).
Ini janji Allah, dan Allah SWT tidak akan sesekali mengingkari janji-Nya.

e)      Kursus-kursus Khas.
Antara kursus-kursus khas yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

                                i.            Kursus Pengurusan Jenazah.
Kursus ini biasanya di buka kepada para pelajar sekolah-sekolah berdekatan. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar ini.

                              ii.            Kursus Haji dan Umrah.
Kursus ini diadakan adalah untuk memberi panduan awal bagi para jemaah sebelum  menunaikan haji dan umrah ini.

f)       Kenduri.
Kebiasaannya selepas majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid ini akan disediakan kenduri kecil-kecilan. Hal ini adalah sebagai tanda kesyukuran kerana telah selamat dinikahkan.


 KEMUDAHAN MASJID


KEMUDAHAN DAN PERALATAN MASJID KG.JERANGAU
·       
  K   Kemudahan P.A Sistem
Sebagai contoh pembesar suara,speaker. Kemudahan ini memudahkan penduduk kampung untuk mendengar laungan azan oleh bilal.

·         Peralatan memasak
Sebagai contoh kawah, periuk, dapur, gas, kutleri. Peralatan ini digunakan ketika mengadakan majlis-majlis seperti maulidur rasul dan penyediaan bubur lambuk.

·         Sudut  Bacaan
Se  Sebagai contoh Al-Quran, Yaasin dan buku ilmiah tentang agama. Buku-buku tersebut dapat mengisi masa lapang sementara hendak menunggu masuknya waktu solat.

·         Bilik air
Di masjid ini terdapat dua bilik air iaitu khusus untuk lelaki dan perempuan.

·         Pondok rehat
Pondok rehat ini disediakan bagi pengunjung untuk beristirehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti harian.

·         Tempat letak kereta
Disediakan adalah untuk kemudahan penduduk kampung meletakkan kenderaan dengan selamat di kawasan tersebut.


MASALAH DAN PENYELESAIAN

Masalah yang sering dihadapi di masjid ini adalah kerosakan dan kebersihan. Antara kerosakan yang sering dihadapi adalah seperti lampu didalam masjid terbakar, kipas angin tidak dapat berfungsi dan paip-paip di bilik air yang sering bocor.

            Maka, langkah yang di ambil seperti mengupah pihak yang berkenaan bagi membaik pulih kerosakan-kerosakan yang berlaku. Pihak masjid juga telah mengupah beberapa orang pengawal bagi mengawasi kawasan masjid dari sebarang pencerobohan mahupun dari sebarang perkara yang tidak diingini dari berlaku. Terdapat dua sesi iaitu sesi pagi hingga malam dan sesi malam hingga pagi. Pengawal-pengawal ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Hal ini kerana tiada sebarang masalah kecurian yang berlaku setakat ini.


PENUTUP


Akhirnya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Pengerusi Masjid Kg.Jerangau,keluarga saya dan mana-mana pihak yang terlibat.Dengan kerjasama yang mereka semua berikan,saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus saya dengan jayanya sekali.
Saya berasa sangat gembira kerana dengan adanya kerja kursus seperti ini,saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim saya bersama penduduk kampung yang telah banyak memberi kerjasama kepada saya.Selain itu,saya serba sedikt dapat mengetahui tentang sejarah penubuhan dan masjid di kariah saya.Saya berbangga dengan adanya kerjasama yang diberikan seperti pepatah melayu ada berkata ‘bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat’.
Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan kerohanian dan kemasyarakatan seperti ini,penduduk akan dapat mempelajari pelbagai ilmu-ilmu agama dengan lebih mendalam dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.Sehubungan dengan itu,hubungan silaturrahaim sesama penduduk kampung akan bertambah erat dan terjalin dengan lebih mesra.Oleh itu,suasana kampung ini akan bertambah harmoni,aman,sentosa dan lebih ceria.


RUJUKAN

NAMA : EN.GHAZALI B.AWANG
UMUR:49 TAHUN
TEMPAT TINGGAL:KG. JERANGAU
JAWATAN:PENGERUSI MASJID

NAMA:KAMARUDDIN BIN MOHD IDRIS
UMUR:50 TAHUN
JAWATAN:SETIAUSAHA MASJID

NAMA:MOHD IDRIS BIN KASSIM
UMUR:65 TAHUN
JAWATAN:BILAL MASJID



LAMPIRAN